Friday, December 16, 2011

FAKTOR
Jalinan persahabatan


as Asas kepada sesuatu perhubungan yang intim adalah persahabatan....Individu yang tidak memiliki kawan kebiasaannya sukar untuk mempertahankan hubungan cinta mereka kerana persahabatan adalah model kepada bentuk hubungan yang intim..

Perempuan memiliki lebih ramai rakan berbanding lelaki kerana lelaki sering mengelak untuk memiliki satu perhubungan secara terbuka dan mudah tersinggung dalam persahabatan...Lantaran dari sikap tersebut, maka sukarlah untuk mereka memiliki seorang rakan akrab, lebih-lebih lagi dengan rakan perempuan... Sebaliknya, kaum lelaki hanya gemar memiliki kawan sejadar untuk menemani mereka dalam melakukan sesuatu aktiviti, contohnya seperti bersukan....Manakal kaum hawa pula sebaliknya,,,Mereka memerlukan seorang sahabat yang akrab dalam kehidupan mereka....
Sedangkan seorang individu yang pemalu dan pendiam pun boleh memiliki seorang sahabat..Hakikatnya, dalam membina sesebuah hubungan persahabatan ia tidak ada kena mengena dengan sikap peramah atau terlebih peramah dalam diri individu itu...Sebaliknya, ia berkait rapat dengan kesedaran rasa kasih sayang terhadap sesuatu perkara...

Ada lima cara untuk mengukuhkan lagi hubungan persahabatan yang terjalin iaitu keakraban, komunikasi, perhatian, persefahaman, dan ketelusan...Walau bagaimanapun, sukar bagi individu untuk  mencapai kelima-lima faktor persahabatan ini...Lebih-lebih lagi dari sudut komunikasi...Berapa ramai di antara kita merasakan seperti ada jarak yang menghalang keakraban dalam sesebuah hubungan persahabatan yang terjalin??? Ini berlaku disebabkan individu tidak pernah menyatakan atau meluahkan isi hati mereka dalam perbualan bersama sahabat,,, Perbualan boleh dikategorikan kepada tiga iaitu fakts, pendapat dan emosi.... 
 
Sudah tentu di dalam mana-mana perbualan pasti terangkum salah satu daripada tiga kategori yang dinyatakan itu....Namun dalam persahabatan kita jarang menggabungkan antara fakta dengan emosi...Adalah lebih baik jika kamu berdua  boleh bercerita tentang perkembangan hubungan persahabatn kamu berdua secara lebih kerap...Dan kurangkan perbualan tentang berkisar pendapat mahupun fakta......
Hubungan persahabatan akan jadi lebih akrab sekiranya si sahabat sedia mengharungi suka dan duka bersama-sama, sentiasa perlu-memerlukan antara satu sama lain dan sedia berkongsi apa sahaja secara bersama....Kesimpulannya, jika individu benar-benar ingin menjalinikatan persahabatan, maka pada permulaannya mereka perlulah memeupuk sikap setia dan pemaaf...Khususnya dalam memperkukuhkan lagi hubungan persahabatan yang masih dikategorikan sebagai 'kurang pasti' atau 'goyah'... Yng pasti, tiada jalan mudah yang boleh kamu ambil untuk  membina sesebuah hubungan persahabatan yang utuh...




Thursday, December 15, 2011

LET'S BE FRIENDS



Tahukah kamu bahawa lebih ramai kawan yang kamu ada lebih meriah kehidupan kamu???.. tetapi persahabatan bolrh mambantu meningkatkan tahap keceriaan emosi kamu!!...Jadi tidak salah jika kamu belajar dan mengetahui rahsia untuk memiliki lebih ramai kawan dari sehari ke sehari.... Mungkin ramai yang beranggapan bahawa ramai kawan boleh menimbulkan banyak masalah kerana setiap manusia tidak sama antara satu sama lain...Jika kamu bijak membawa dirii dan sentiasa berfikiran positif dalam melayari ssesebuah hubungan persahabatan, tiada masalah yang bakal kamu hadapi.... Jika, untuk memulakan persahabatan itu kamu perlulah:

 MURAH SENYUMAN 

Dengan senyuman kamu bolehmerebut hati seseorang....Malah individu yang kamu tegur itu juga akan turut berfikiran positif terhadap diri kamu....
 

  

                                                                                        






JAGA PENAMPILAN DAN KONTAK MATA
Penampilan juga memainkan peranan yang besar dalam pergaulan....Pamerkan postur tubuh yang baik, ternyata ia boleh membangkitkan rasa yakin dalam diri kamu sewaktu berkomunikasi...Ketika berkomunikasi, jaga kontak mata kerana ia boleh membuktikan rasa yakin terhadap pengetahuan kamu mengenai sesuatu perkara yang sedangkamu bualkan itu.... Di dalam perbualan, jika kamu saling bertentang mata di antara satu sama lain ia membuktikan kamu berjaya memperoleh kepercayaan dari individu lawan bicara kamu itu...
  
                                             

MENJADI PENDENGAR YANG BAIK

 Belajarlah untuk mendengar pandangan dan pendapat orang lain... Dengan cara ini kamu boleh memahami kehendak dan keinginan orang lain...Secara tidak langsung, kamu juga dapat mempelajari sifat danbersaahabatlah sehingga rakan-rakan boleh merasakan bahawa kamu menyambut baik kehadiran mereka....